Monday, February 11, 2008

Kami bekerja dan anda menyumbang


Di Serambi Maya, kami mengamalkan konsep yang cukup istimewa untuk manfaat yang meluas. Bayaran anda bukan sekadar untuk upah kerja-kerja penggambaran, suntingan dan seumpamanya sahaja.

Dengan mengunakan khidmat Serambi Maya, anda juga berpeluang menyumbang kepada para sukarelawan dalam kerja-kerja amal yang mereka lakukan di seluruh dunia.

Ini sekaligus memberikan kepuasan kepada Serambi Maya kerana dapat berkhidmat untuk semua. Anda perlu tahu bahawa 5% daripada bayaran yang dikenakan atas perkhidmatan kami akan disumbangkan kepada Grup Pengkaji Tamadun Dunia (GPTD).


GPTD adalah satu persatuan sukarelawan bebas yang dianggotai oleh golongan muda berumur antara 15 - 30 tahun. Kegiatan sukarelawan mereka tertumpu kepada aktiviti-aktiviti yang membangunkan potensi sesebuah kawasan dengan menerapkan nilai kemanusiaan dan agama dalam kehidupan harian selain menyalurkan bantuan di kawasan bencana alam.

Fokus kerja kesukarelawanan GPTD adalah di negara-negara luar yang mempunyai komuniti Muslim minoriti. Antara negara yang pernah dikunjungi ialah :
  • Vientiane, Laos
  • Tak Bai, Selatan Thailand
  • Pulau Krismas, Australia
  • Pulau Kokos, Australia
  • Hobart, Australia
  • Melbourne, Australia
  • Acheh, Indonesia
  • Filipina
  • Afghanistan
  • Mekah
  • Turki
  • Sepanyol


Bagi tujuan merealisasikan misi murni mereka, para sukarelawan GPTD akan dilatih di Malaysia sebelum menuju ke destinasi tertentu. Latihan yang disediakan GPTD memerlukan dana yang besar bertujuan mempersiap para sukarelawan dengan persiapan yang cukup dan rapi dari segi mental, fizikal dan kewangan.

Oleh itu, sumbangan anda amat berharga buat mereka. Dengan anda menggunakan khidmat kami, anda turut membantu dalam kebajikan para sukarelawan GPTD sekaligus memudahkan misi mereka tercapai.



Serambi Maya
ingin mengucapkan jutaan terima kasih yang tidak terhingga kerana membantu kami untuk menyalurkan sumbangan ikhlas anda demi memartabatkan kehidupan yang lebih selesa kepada mereka yang memerlukan.

Semoga Allah merahmati anda dan keluarga anda atas sumbangan ini. Terima kasih.